26 --> 19

8:10 PM / ~titik urine cruzados.inc /

Keseorangan meninggalkan kesan mendalam di dalam jiwaku yang sentiasa diselbungi kesepian.. Tanpa rakan-rakan,teman seperjuangan dan matlamat hidup..segalanya terpahat sedikit-demi sedikit tanpa ku sedari masa senakin mencemburui diriku ini..manakah tidak, sem baru akan bermula di dalam tempoh beberapa minggu lagi tetapi makin hari diriku merasai begitu jauh dengan tanggal tersebut.. "19 bila kah kau mahu muncul!!" bisik hatiku.. Jelas..kini aku mengharapkan sinar baru akan terpancar dalam tempoh yang singkat supaya dapat menceriakan kembali diriku..

26 Jun..hatiku kembali gembira..tetapi terkilan juga sekali sekala. gembira kerana mereka sudah pulang untuk meuangkan masa bersama..kini ak mampu melepak,berborak,mencarut dan sebagainya kerana masih ada lagi yang turut serta memeriahkannya..terkilan kerana mereka lantas akan meninggalkan ak dalam tempoh masa yang terdekat ini. juga penagguhan untuk pulang kerumah juga amat mengecewakan dan serba sedikit mersakan bersalah.

Hahaha..ayat yang aku buat ini memang sedap dididengar. Macam ayat novel ada, macam ayat dalam cerita filem pon ada macam ayat perempuan pon ada..tapi inilah yang aku rasa dalam tempoh beberapa hari ini dan akan datang..ketiadaan wang sedikit sebanyak berikan impak negatif terhadap pertumbuhan dan kesihatan aku kini. Mengharapkan belas ehsan rakan memanglah mudah tetapi perit..Ibarat menabur budi di tempat orang sentiasa menunduk pada si tuan.. apa yang aku mampu kini adalah untuk meminimakan pengunaan biaya ku kini..

Kepada mereka2 yang berkenaan..baguslah korang dah balik..tak de lah aku lepak sorang-sorang.. aku janji bila aku dah ada duit balik..aku bayar. Mengharapkan matahari timur kembali bersinar..26-->19 aku akan tunggu kau sehingga kau muncul.!!

0 comments:

Post a Comment