KING OF PAIN

9:10 PM / ~titik urine cruzados.inc /

Tepat jam 12 tengah hari..28 Jun 2009.. Semuanya telah pergi buat sementara demi berjuang di tempat orang.kembalilah episod duka lara aku yang penuh dengan ketiduran dan kemakanan. Esok pula...bermulalah pengembaraan lain yang akan mengajarku hidup ini demi bertapak dengan teguh di muka bumi ini. Manjadikan diri ini lebih baik dari hari sebelum. "Huh..banyak lagi yang nak kena belajar" keluh hatiku. Namun apa yang perlu aku lakukan adalah bersabar seketika. Tidak lama pun menunggu. Pejam celik dah satu minggu. Bumi kan berputar pada paksinya melainkan sudah sampai waktunya.

Wang tetap menjadi persoalan kelangsungan hidup ini. "Bila dah besar nanti nak kerje ape eh??"persoal diriku. Kalau kerja bagus duit mesti banyak tapi adakalanya duit pun menjadi masalah bagi sesetengah pihak. Bayar cukai kot. Tak pon selera besar. Kalau setakat paco rabanne black, bvlgari aqva, duhill x-centric tu bende kecil je. Boleh pakai buang agaknya. Tapi kalu nak kerja bagus mesti kena belajar pandai dan itu menjadi masalh utama hingga ke hari ini. Harap-harapnya scholar untuk bulan depan masuk seperti yang dirancang. Pengembarran di negeri orang dan daerah yang paling segar mungkin akan dibatalkan atas kekangan masa dan kos.

Investment bulan ini diharap berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Hujung bulan aku akan peroleh RM 35. Memang bijak tetapi nafsu dan kehendak sentiasa meguasai diri. Bila dicabar pantang mengalah. Menggadai harta dan nyawa pon sanggup. Dasar anak jantan. Secara tuntasnya "ITU MEMANG BODOH!! TAPI APA NAK BUAT". Tapi kalau difikir-fikir inilah masanya untuk bergaya. Ramai anak gadis suka. Haha.. memang mimpi disiang hari bukan setakat siang tengah hari dan malam pon nak kebas.

Rakan baru? Makin lama makin bertambah fan aku. Makin ramai yang mengenali aku. Makin ramai yang mempromosikan aku. Makin ramai yang bercakap tentang diriku. Tapi baik buruk aku tetap terima dengan berfikiran matang walaupon perit dan tertekan. Biasalah..sayakan budak baru belajar. Kalau salah kutuk belakang-belakang sudah. Kalau kutuk depan tu boleh tapi karang ada yang makan pakai tube.Lalala...Memang aku nak ucapkan bilion terima kaseh pada sesiapa yang terlibat mahu pon tidak secara langsung.

Susah jadi king of pain. Banyak bende nk kene tempuh ada yang petik jari da setel ada pulak sebaliknya. Tapi aku yakin masalah aku ini mesti boleh selesai. Doa dan usaha mesti kene ada. Kalau sesiapa ada beran cabarlah itu title KING OF PAIN.

1 comments:

Comment by nasri.azlan on June 30, 2009 at 4:37 PM

ermm..
pelikny camne ko leyh xdpt A utk BM ko..
ayat gempak cam haram..
huhu..

Post a Comment