AM I INSANE?

3:45 AM / ~titik urine cruzados.inc /

Kenapa mesti ditangguh? Apalah salahnya kalau diteruskan. Tidak membazirkan masa lagipun. Cuma sengsara yang dapat. Dua hari sudah berlalu. Masuk hari ketiga..apa lagi yang aku ada. Diluah mati mak nak ditelan mati bapa. Mungkin ini adalah salah satu dugaan. Yalah..mengajar apa itu erti kesabaran. Kalau ditunggu, tidak tamak haloba, tidak mengikut hawa nafsu..mesti ada hasilnya. Tidak banyak pon, paling kurang masih boleh memuaskan hati. Tetapi menjaga hati dua belah pihak bukan mudah. Tapi lebih baik berterus terang daripada memendam rasa terus menjadi seorang pedendam.

Daripada kata-kata aku jelas merasakan seperti dihina. "Apalah itu pon tak ada!!". Tapi apa boleh buat. Sudah jelas dan nyata itu milik diriku dan aku ada hak untuk menuntutnya. Mungkin aku patut mengatur lebih banyak percaturan aku untuk terus bermaya. Bagaimana ya? Haa..mungkin aku tahu. Meghilangkan senarai lebih baik dan sekilas itu memberi kelebihan pada diriku. Malangnya itu tidak mungkin.. Aku juga mahu menjadi seseorang yang dipandang tinggi oleh komuniti. Juseteru ramai yang cuba mendampingi aku. Betulkah tindakan aku ini? Masih menjadi persolan dalam benak fikiranku.

Apa yang perlu ditumpukan sekarang ini adalah kelangsungan hidup dalam masa terdekat. Mungkin aku tidak nampak hasilnya sekarang tetapi pada masa yang begitu panjang pohon yang disemai pasti berbuahkan? Hmm...biarlah terima sajalah. Mungkin aku patut terima atas sikapku ini. Konon pemurah tapi serampang dua mata. Biasalah benda tidak ikhlas adalah balasan.


Mungkin aku patut tahu bahawa memang aku tidak mampu mencapainya. Biarlah apa orang kata sekalipun. Terima sajalah. Kalau tidak mahu terima bersakit-sakitlah dahulu. Betulkan? Aku bukan gila, bukan hilang akal and i'm not insane. Masih waras, matang dan berpendirian. Cuma diriku ini menjadi seorang manusia biasa yang buta hati dan tidak nampak cahaya masa hadapan. Gelap jalan hidupku. Aku perlu berubah untuk kembalikan sinar itu. Mengejar matahri dalam diri itu bukan mudah sama seperti realiti tetapi mungkin kan?

1 comments:

Comment by sarah on July 1, 2009 at 2:57 PM

weh !

Post a Comment