75 DALAM GENGGAMAN

4:15 AM / ~titik urine cruzados.inc /

Musykil...tapi itulah realiti. Mahasiswa PETRONAS telah digemparkan dengan kehadiran RM75 dalam akaun CIMB mereka. Agak pelik pada awalnya tetapi sudah beberapa jam setelah kejadian berlaku banyak mesej mengucapkan ribuan terima kasih kepada PETRONAS dan anak syarikatnya kerana memasukkan wang ketika kegawatan ekonomi yang melanda tanah air kebelakangan ini menyebabkan fokus untuk menonton tayangan perda transfomers terpaksa ditsngguhkan sehingga waktu dan ekonomi mengizinkan.

Persoalannya..manakah lagi RM900 yang kebiasaanya diiringi dengan nilai RM75. Pelik? Mungkinkah Petronas sudah tidak mampu menanggung kesemua mahasiswanya. Oh!! itu tidak mungkin. Walaupun profit petronas untuk sesi 2008-2009 agak menghampakan tetapi aku yakin PETRONAS masih lagi memberi peluang untuk aku untuk terus belajar (ayat mintak scholar lebih). Kalau esoklah seperti yang aku fikirkan, tanpa ragu-ragu aku akan menetapkan tumpuanku ke beberapa outlet dan butik berjenama terkemuka di sekitar lembah kelang.

Esok aku ingin pulang. Tapi masalahnya kenapa mesti esok. Sepatutnya hari ini kan? Damn!! Walaupun agak terkilan menjawab kesemua nombor telefon yang berjaya aku hampakan dengan janji-janji manis tetapi aku masih lagi gembira kerana masih lagi berpeluang menabur jasa dan budi pada tanah air yang kuchenta. Dengan ini aku mengumumkan aku akan pulang esok dan kembali ke sini pada hari esok selepas lusa dan kepada manusia-manusia yang aku telah berikan janji melayu aku amat berbesar hati untuk menyusun jari kaki mintak ampun. Selamat malam.

0 comments:

Post a Comment