KABUS PAGI

7:34 PM / ~titik urine cruzados.inc /

Tatkala hati ini berat meninggalkan kediaman yang tidaklah begitu tersergam indah tetapi kali ini aku terpaksa lakukannya. Sudahlah ibu bapa ditinggalkan malah memori malam2 buta di merata-rata tempat sekitar Parlimen Batu menyebabkan diriku masih lagi tertingal. Cuma jasad saja yang kuiringi untuk kembali di sini. Mata ini seperti si buta yang tidak berpeluang untuk menyaksikan lagi kenangan yang menggamit memori."Huh..dah balik.." luah hatiku. Kebiasaanya aku tidak seperti ini. Lebih suka di Toronto berbanding Malaysia. Kali ini sedikit berbeza. Hatiku menjadi berat untuk tinggalkan rumah. Kalaulah hari itu datang kembali.

Apa yang aku cuba buktikan disini ialah memang salahlah peribahasa melayu. Sudah lah hujan emas itu wujud. Malah suruh pula memilih hujan batu. Aku lebih suka emas dan itukan lebih berfaedah. Boleh beli pelbagai harta. Tapi apa yang peribahasa ini mengingatkan aku ialah harta dan emas segendoloa tidak mampu membeli kebahagiaan walaupun masa kecil aku sering kali berkata "KEBAHAGIAN MEMANG BOLEH DI BELI DENGAN DUIT". Sebab itulah bila mak kita tidak beli permainan kita akan nangis (tidak bahagia kot). Aku rasa seperti bersalah pula meninggalkan mereka semua. Kini hubungan makin jauh dan aku kini pasti akan dilupakan.Sikit...demi sikit...sikit..dan kabur.....

Sepanjang malam ini aku sering kali teringat kenangan lalu. Rasa seperti ada benda yang perlu aku selesaikan ketika detik ini juga. Pulang kerumah pada akan datang mampu mengubat jiwayang duka lara ini. Mungkinkah kepulangan nanti disanjungi ataupun tidak diendah oleh manusia setempat. Ibarat diri diiringi kabus di pagi hari, mengharap matahari bersinar cerah. Bencinya diriku kepada kabus pagi.

1 comments:

Comment by sarah on July 7, 2009 at 10:47 PM

adib.
aku sedang sedeh

mesti ko ckp
"ade aku kesah"

aku taw.

Post a Comment