SUASANA HARI RAYA

5:37 AM / ~titik urine cruzados.inc /

Haha..hari ini aku amat gembira sekali. Dengan adanya aku didaerah gombak ini. Aku mampu melakukan apa sahaja. Dapat gak balik setelah 2 minggu yang merosakkan minda. First yang aku nak cerita. Ketidakrasionalan PETRONAS. Second, bas,wallet dan atm. Third, bintangbuck. Last, si bangsats (menunjukkan ramai) yang amat menyusahkan dan macam sial.

Cerita pertama bermula dengan kepelikan si pemasuk scholar PETRONAS yang tidak dikenali yang cuba menyulitkan keadaan. Dah la masuk rm75 ari ni lak tak reti-reti nak bagi balance. Boleh lak die letak rm400 dulu. Bajet suruh aku beli buku ar. Tak dapat la jepp. Adalah harus untuk beliau memasukkan nilai yang lebih banyak kerana itu adalah mudah bagiku untuk membeli-belah. Kemudian, tidak lah rasa keraguan untuk membeli-belah tanpa memikirkan duit tak cukup.

Cerita kedua. Hari ini bas yang disasar tidak mengena. Terpaksalah megambil alternatif lain yang menyebabkan daku dan seorang lagi rakan terpaksa membazir rm6 untuk ke bandaraya terindah lagi terchenta iaitu ipoh darul ridzuan. Memang malam di ipoh amat menarik terutamanya lampu-lampu neon yang berkelipan dan dihujani dengan kupu-kupu malam. Setibanya di destinasi yang dituju terus aku berlaki ke kaunter transnasional tanpa memikirkan lagi sebab dan akibat dan tanpa menoleh semula kebelakang. "Kak bape ringgit pegi kl?"kataku kepada kakak yang amat ayu di kauter itu dengan segak berpakaian seragam unit bas transnasional bhd. "rm17 je dik!!" sahut kakak itu.

Ok..aku cuba mengeluarkan duit dari poket belakang ku yang terselup di wallet ku. Medula oblangataku lantas menghantar impulse ke otak untuk aku menyebut perkataan "#UC%!!".. dan aku terpinga-pinga. Wallet hilang la pulak. Mesti tinggal dalam bas ni. Kelam kabut diriku untuk berlari ke bas yang aku naiki. Mujur pakcik bas itu masih menugggu kehadiran ku. Selamat aku. Wallet itu masih lagi setia menuggu kepulanganku di tempat duduk yang amat indah. Pergh cuak gak.Lantas aku buka wallet. Lagi satu musibah menimpa. Damn!! duit tak cukup la pulak. Aku terpaksa berlari marathon sehingga ke kaunter bank rakyat dan akhirnya sampai juga.dan sekali lagi aku merentasi desa untuk kembali ke kaunter tiket bas. Dapat gak bas. Ok. Pukul 8.30pm.

Cerita ketiga.. Setibanya di kuala lumpur minumlah itu air yang sedap (air bintang). Memang sedap sampai rm20 aku kene.. Damn!! Itu je.

Last... memberku yang bangsat itu sampailah jugak. Lama syial tak jumpa. Rindu gila babi. Bukan rindu ape cume rindu tengok duit mereka yang bernilai berbelas-belas ribu ringgit malaysia. Dan apa lagi..sekali lagi medula oblangataku bertindak dengan lebih matang kali ini untuk aku menyuarakan "Weh belanja aku!!"...

0 comments:

Post a Comment